Monday, July 20, 2009

Ingatlah

Setiap kisah yg tercoret di sini tidak ada kena mengena secara langsung bg yg hidup atau yg mati.
Penulisanku sekadar utk kita berfikir. Bukan niat utk membidas, memalukan atau menyinggung perasaan para pengunjung. Maaf didahulukan.

Keimanan dan ketaqwaan, rahsia kejayaan umat terdahulu.

Pernahkah kita fikirkan?

Dia bertanyakan pada sahabatnya, tetapi respon diberikan tidak seperti yg dia hendaki. Rasanya, sahabatnya itu kurang berminat akan persoalan ini. Ataupun, sengaja menyisihkan dia.

Dia, bukanlah seorang yg sempurna, yg disayangi semua. Kerana di dalamnya, terbentuk sifat yg dia sendiri tidak dari mana datangnya. Sifat itu membuat sesetengah kawan-kawannya hilang layanan kepadanya. Puas dia cuba membuang, tetapi ada kala, secara tidak disedari, sifat itu kembali.

Tetapi, itulah manusia, mahukan yg baik, dan yg jahat disisihkan. Layanan diberi tidak sama rata. Dia terkilan, terkilan dgn sahabatnya yg dia rasakan boleh dipercayai, tetapi kadangkala memberi layanan yg mengguris sukmanya.

Manusia, bila disoal berkali-kali, kelak naik jemunya. Manusia, andai kita membuat silap, kelak dia akan menyisihkan. Manusia, andai kita terkasar dan terlupa padanya, kelak kita akan ditinggalkan.

Ini sifat manusia yg dia lihat.

Maka berfikirlah dia.

“Oh Allah, walaupun aku melakukan dosa padaMu, tidak pernah Engkau memutuskan rezekiMu kepadaku. UdaraMu Engkau berikan padaku. CahayaMu tetap aku peroleh. Oh Allah, dengan sifatMu Ar-Rahman Ar-Rahim, Engkau tetap memberikan rezeki pada mereka yang mengkufurkan Mu. Ya Allah, Engkau sebaik-baik tempatku mengadu. Tidak pernah sesaat Engkau tidak mendengar rintihanku. Tidak pernah Engkau mengabaikan pengaduanku. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Besar.”


Pernahkah kalian hadapi situasi seperti ini?
Sekadar pedoman buat pembaca.

Wednesday, July 15, 2009

Kembara Toulouse

Angin kencang bertiupan sejak kebelakangan ini. Orang di sini menggelarnya Mistral. Tiupan angin ini sehinggakan dia merasakan dirinya seperti terikut irama angin itu. Turut bergoyang. Percutiannya ke Toulouse yg diberi nama Kembara Ilmu itu masih dia rasakan baru berlalu.

Masih segar diingatan setiap butir-butir kata yg sarat dgn ilmu. Sungguh berhikmah. Perjalanan yg tiada nilai bandingan dengan wang. Ukhuwah dibina. Dia bertemu dengan pengembara dari Colmar, Nice, Paris dan byk lagi.
Kini dia tercelik. Ya, sekian lama mata dipejam, kini baru kembali celik. Benar kata-kata lelaki itu, tanah yang sama, udara yg sama, sinaran matahari yg sama, tetapi setiap buah yg tumbuh di bumi itu berbeza. Berbeza dari segi warna, rupa dan rasa. Maka dia bertanyakan pada dirinya, apakah ini semua hanya kebetulan, dan dia yakin, seyakin-yakinnya tidak. Pasti, ada yg berkuasa dalam setiap aturan di bumi ini.

Setelah 4 hari dia menimba ilmu, tibalah masa utk pulang ke tempat asal. Perjalanannya dari Toulouse ke Toulon memakan masa kira-kira 5 jam atau 600KM. Tetapi perjalanan jauh itu tidak dirasakan. Dia melihat, dari cermin TGV, bunga-bunga matahari, tumbuh dengan menghadap ke arah yg sama.


Bunga matahari itu tidak pernah silap utk tumbuh ke arah yg bertentangan. SubahanAllah. Dia yakin, yakin dengan seyakinnya, pasti ada yg mengatur kejadian ini. Dan dia percaya, setiap isi-isi dunia ini, patuh pada arahan itu, melainkan manusia.
Dan, setibanya dia di Toulon, dia perhatikan langit. Dan, dia tatapi, bagaimana warna langit itu campurannya sungguh harmoni. Jingga ke biru. Sungguh menakjubkan. Dia kini yakin. Dia berkata:

“Oh Allah, Yang Maha Sempurna, setiap kejadian ini telah membuka mataku. Sungguh, Kau Maha Berkuasa. Ya Allah, ampunkanlah kesalahanku. Ya Allah, Kau tambahkanlah imanku. Maha Suci Engkau, dan Segala Puji bagi Engkau, Pemilik langit dan bumi. Perkananlah doaku.”

Kembara ini membuka mata. Kembara kita.

Tuesday, July 7, 2009

Rumah baruku.

Alhamdulillah, syukur. Aku telah selamat berpindah ke rumah baru. Satu pengalaman yg aku kira sgt berharga.

Susah rupanya berpindah ni. Lagi2 kehadiran aku ke bumi Perancis ini hanya membawa baju dan makanan. Segalanya di dalam rumah ni baru.

Byk juga kehabisan wang membeli kelengkapan. Seperti periuk, tong sampah, printer, mesin basuh. Mujur makcik yg menjaga aku dahulu memberikan aku cadar, bantal dan selimut. Dan adiknya memberikan aku pinggan mangkuk.

Sungguh aku berterima kasih. Satu pengajaran buat ku.

Penilaian awal tidak bermakna.
Diam, perhatikan dan merumuskan.







Pengajaran dari pengembaraan.
Residence de Faron.