Monday, July 20, 2009

Pernahkah kita fikirkan?

Dia bertanyakan pada sahabatnya, tetapi respon diberikan tidak seperti yg dia hendaki. Rasanya, sahabatnya itu kurang berminat akan persoalan ini. Ataupun, sengaja menyisihkan dia.

Dia, bukanlah seorang yg sempurna, yg disayangi semua. Kerana di dalamnya, terbentuk sifat yg dia sendiri tidak dari mana datangnya. Sifat itu membuat sesetengah kawan-kawannya hilang layanan kepadanya. Puas dia cuba membuang, tetapi ada kala, secara tidak disedari, sifat itu kembali.

Tetapi, itulah manusia, mahukan yg baik, dan yg jahat disisihkan. Layanan diberi tidak sama rata. Dia terkilan, terkilan dgn sahabatnya yg dia rasakan boleh dipercayai, tetapi kadangkala memberi layanan yg mengguris sukmanya.

Manusia, bila disoal berkali-kali, kelak naik jemunya. Manusia, andai kita membuat silap, kelak dia akan menyisihkan. Manusia, andai kita terkasar dan terlupa padanya, kelak kita akan ditinggalkan.

Ini sifat manusia yg dia lihat.

Maka berfikirlah dia.

“Oh Allah, walaupun aku melakukan dosa padaMu, tidak pernah Engkau memutuskan rezekiMu kepadaku. UdaraMu Engkau berikan padaku. CahayaMu tetap aku peroleh. Oh Allah, dengan sifatMu Ar-Rahman Ar-Rahim, Engkau tetap memberikan rezeki pada mereka yang mengkufurkan Mu. Ya Allah, Engkau sebaik-baik tempatku mengadu. Tidak pernah sesaat Engkau tidak mendengar rintihanku. Tidak pernah Engkau mengabaikan pengaduanku. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Besar.”


Pernahkah kalian hadapi situasi seperti ini?
Sekadar pedoman buat pembaca.

No comments:

Post a Comment