Wednesday, August 12, 2009

Saturday, August 1, 2009

Dunia yg dikejar.

Dia ingin menjadi arkitek, mahu berkahwin dengan ahli ekonomi. Mahu mengumpul wang utk membeli rumah, bantu ayah dan ibu dan pergi haji.

Indah, jelas matlamatnya. Gembira, die rasa selesa dan selamat. Mampu menggapai cita-cita diidamkan.

Saudaranya, menangis, kelaparan, ketakutan. Matlamatnya ialah keamanan, undang-undang Allah tertegak kembali, keadilan.

Itulah makna Islam. Bukan sekadar sejahtera. Tunduk, patuh, taat, pelihara, selamat.

Maka dia bertanya? Mengejar wang tetapi mengabaikan saudara sendiri adakah wajar? Sampai bila? Duit tidak menjamin apa-apa.

Tp jgn pula menyalahkan anggap, rezeki dtg bergolek. Kita harus bekerja dan berusaha. Tetapi sahabat, jgn leka dgn duit dan pelajaran sahaja.

Fikirkan juga nasib saudara kita, dan bertindaklah.

Luahan rasa seorang hamba.

Monday, July 20, 2009

Ingatlah

Setiap kisah yg tercoret di sini tidak ada kena mengena secara langsung bg yg hidup atau yg mati.
Penulisanku sekadar utk kita berfikir. Bukan niat utk membidas, memalukan atau menyinggung perasaan para pengunjung. Maaf didahulukan.

Keimanan dan ketaqwaan, rahsia kejayaan umat terdahulu.

Pernahkah kita fikirkan?

Dia bertanyakan pada sahabatnya, tetapi respon diberikan tidak seperti yg dia hendaki. Rasanya, sahabatnya itu kurang berminat akan persoalan ini. Ataupun, sengaja menyisihkan dia.

Dia, bukanlah seorang yg sempurna, yg disayangi semua. Kerana di dalamnya, terbentuk sifat yg dia sendiri tidak dari mana datangnya. Sifat itu membuat sesetengah kawan-kawannya hilang layanan kepadanya. Puas dia cuba membuang, tetapi ada kala, secara tidak disedari, sifat itu kembali.

Tetapi, itulah manusia, mahukan yg baik, dan yg jahat disisihkan. Layanan diberi tidak sama rata. Dia terkilan, terkilan dgn sahabatnya yg dia rasakan boleh dipercayai, tetapi kadangkala memberi layanan yg mengguris sukmanya.

Manusia, bila disoal berkali-kali, kelak naik jemunya. Manusia, andai kita membuat silap, kelak dia akan menyisihkan. Manusia, andai kita terkasar dan terlupa padanya, kelak kita akan ditinggalkan.

Ini sifat manusia yg dia lihat.

Maka berfikirlah dia.

“Oh Allah, walaupun aku melakukan dosa padaMu, tidak pernah Engkau memutuskan rezekiMu kepadaku. UdaraMu Engkau berikan padaku. CahayaMu tetap aku peroleh. Oh Allah, dengan sifatMu Ar-Rahman Ar-Rahim, Engkau tetap memberikan rezeki pada mereka yang mengkufurkan Mu. Ya Allah, Engkau sebaik-baik tempatku mengadu. Tidak pernah sesaat Engkau tidak mendengar rintihanku. Tidak pernah Engkau mengabaikan pengaduanku. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Besar.”


Pernahkah kalian hadapi situasi seperti ini?
Sekadar pedoman buat pembaca.

Wednesday, July 15, 2009

Kembara Toulouse

Angin kencang bertiupan sejak kebelakangan ini. Orang di sini menggelarnya Mistral. Tiupan angin ini sehinggakan dia merasakan dirinya seperti terikut irama angin itu. Turut bergoyang. Percutiannya ke Toulouse yg diberi nama Kembara Ilmu itu masih dia rasakan baru berlalu.

Masih segar diingatan setiap butir-butir kata yg sarat dgn ilmu. Sungguh berhikmah. Perjalanan yg tiada nilai bandingan dengan wang. Ukhuwah dibina. Dia bertemu dengan pengembara dari Colmar, Nice, Paris dan byk lagi.
Kini dia tercelik. Ya, sekian lama mata dipejam, kini baru kembali celik. Benar kata-kata lelaki itu, tanah yang sama, udara yg sama, sinaran matahari yg sama, tetapi setiap buah yg tumbuh di bumi itu berbeza. Berbeza dari segi warna, rupa dan rasa. Maka dia bertanyakan pada dirinya, apakah ini semua hanya kebetulan, dan dia yakin, seyakin-yakinnya tidak. Pasti, ada yg berkuasa dalam setiap aturan di bumi ini.

Setelah 4 hari dia menimba ilmu, tibalah masa utk pulang ke tempat asal. Perjalanannya dari Toulouse ke Toulon memakan masa kira-kira 5 jam atau 600KM. Tetapi perjalanan jauh itu tidak dirasakan. Dia melihat, dari cermin TGV, bunga-bunga matahari, tumbuh dengan menghadap ke arah yg sama.


Bunga matahari itu tidak pernah silap utk tumbuh ke arah yg bertentangan. SubahanAllah. Dia yakin, yakin dengan seyakinnya, pasti ada yg mengatur kejadian ini. Dan dia percaya, setiap isi-isi dunia ini, patuh pada arahan itu, melainkan manusia.
Dan, setibanya dia di Toulon, dia perhatikan langit. Dan, dia tatapi, bagaimana warna langit itu campurannya sungguh harmoni. Jingga ke biru. Sungguh menakjubkan. Dia kini yakin. Dia berkata:

“Oh Allah, Yang Maha Sempurna, setiap kejadian ini telah membuka mataku. Sungguh, Kau Maha Berkuasa. Ya Allah, ampunkanlah kesalahanku. Ya Allah, Kau tambahkanlah imanku. Maha Suci Engkau, dan Segala Puji bagi Engkau, Pemilik langit dan bumi. Perkananlah doaku.”

Kembara ini membuka mata. Kembara kita.

Tuesday, July 7, 2009

Rumah baruku.

Alhamdulillah, syukur. Aku telah selamat berpindah ke rumah baru. Satu pengalaman yg aku kira sgt berharga.

Susah rupanya berpindah ni. Lagi2 kehadiran aku ke bumi Perancis ini hanya membawa baju dan makanan. Segalanya di dalam rumah ni baru.

Byk juga kehabisan wang membeli kelengkapan. Seperti periuk, tong sampah, printer, mesin basuh. Mujur makcik yg menjaga aku dahulu memberikan aku cadar, bantal dan selimut. Dan adiknya memberikan aku pinggan mangkuk.

Sungguh aku berterima kasih. Satu pengajaran buat ku.

Penilaian awal tidak bermakna.
Diam, perhatikan dan merumuskan.







Pengajaran dari pengembaraan.
Residence de Faron.

Saturday, June 27, 2009

Camargue

Sabtu, 27 Jun.



Aku dan sekalian rakan ku di Toulon dan dua daripada Aix telah ke Camargue. Sebuah ladang penternakan lembu, kerbau dan kuda. Kagum. Di sini terdapat sawah padi walaupun tak semirip sawah di Malaysia. Di sini, aku di sajikan dengan pertunjukan kemahiran para koboi Perancis. Sgt kagum. Sgt sgt kagum. Melihat mereka mengawal lembu keluar masuk kandang. Lembu di sini bukanlah seperti di Malaysia, jinak.




Lembu (vache) dan kerbau (taureau) ini kemudiannya akan di cop dengan logo ladang ternak itu. Menggunakan besi panas dan ditempa di atas kulit lembu itu.




Kemudian disajikan kepada kami permainan bouquet, iaitu penunggang kuda perlu merampas bunga daripada penunggang lain.


Dan paling mencemaskan serta mendebarkan ialah permainan berkejar-kejar dgn lembu dan kerbau.





Sungguh menjadi pengalaman baru bagiku.

Maaf, gmbrku tidaklah sehebat mana.

Tuesday, June 9, 2009

Selamat hari jadi buat teristimewa

Selamat Hari Jadi Fazlina!!!

Biarpun jarak lebih 10000km, aku tetap nak wish koe selamat hari jadi. Wah, dah besar dah skunk ek? Dah bleh jadi Dr. Huhu. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Dan kekal-kekal cun selalu. Haha. Eh, gi India nnt bitaw aku!

Thursday, June 4, 2009

ANDA HEBAT

Sekiranya anda tidak membaca apa yg besar.


Inilah nasib aku di Perancis. Bukanlah sesuatu yg buruk, tp sekadar ingin berkongsi dengan korang, strategi perkataan kecil di Perancis.
Di sini, kebanyakan penjual-penjual suka meletakkan sesuatu promosi secara besar-besaran namun, di sebalik promosi itu, terdapat "penipuan" yg akan kita kesali.
Sebagai contoh, digembar-gemburkan internet unlimited, tp yg unlimited itu adalah masa kita on-line. Tetapi jumlah had maksima ialah 500Mb. Apakah byk nilai itu?
Kes lain, seperti membuat kredit di sini, ditayangkan 3% sahaja interest. Tetapi 3% itu hanya pada bulan pertama dan bulan berikutnya, melambung kepada peratus yg lebih tinggi seperti 20%. Bayangkan...
Oleh itu, harus menjadi bijak ketika berurusan di bumi Perancis. Perhatikan setiap tulisan-tulisan kecil yg boleh kata, selalu diabaikan.

Penipuan secara bijak, oh Perancis!

Monday, June 1, 2009

Oh khinzir, bagaimanakah?

Maka telah ditanya oleh sahabat aku di perantauan, apakah dia harus menyamak pinggan yang telah digunakan utk meletakkan daging khinzir?

Maka aku katakan tidak perlu. Oh! Ajaran baru lagi aku bawa kali ni. Tidak, ini bertentangan dengan apa yg kita pelajari di kala muda-muda. Haha.

Maka, apakah setiap kali pergi ke restoran di perantauan, anda akan membawa sebungkus plastik berisi tanah utk menyamak? Benarkah begitu solusi nya?

Ya, najis khinzir adalah najis mughallazah sekiranya mengikut mazhab Syafie. Hal ini kerana beliau menggunakan "qiyas awla" utk menentukan hukum najis khinzir.

Akan tetapi, hidup di perantauan tak semudah di Malaysia, di mana kedai halal boleh dikatakan terlalu mudah utk ditemui. Maka, adalah lebih baik kita menggunkan pendapat ulama lain dlm mengkategorikan najis khinzir.

Biar aku mulakan dari awal:

Umat Islam melalui para mujtahidinnya bersepakat daging khinzir adalah haram dimakan berdasarkan ayat 145 surah Al-An'am. Anggota-anggota khinzir yg lain juga adalah haram dimakan.

Kita juga bersetuju dalam perkara najis khinzir dan segala bersumberkan khinzir. Yang menjadi perselisihan, ialah najis khinzir ini dikategorikan sebagai najis yg bagaimana? Dan cara penyuciannya?

Jamhur ulama berpendapat bahawa najis khinzir tergolong dalam najis mutawassitah. Oleh itu, cara penyuciannya hanya memerlukan sekali basuhan sahaja apabila tersentuh. Sama seperti kenajisan darah, nanah atau pun tahi malah kencing. Namun demikian, bagi Imam Syafie, beliau berpendapat najis khinzir jatuh dlm kategori najis mughallazah.

Namun begitu, jamhur ulama melarang menggunakan perhiasan yg bersumberkan daripada khinzir kerana ia masih dikira sebagai najis. Tetapi, bagi sebilangan ulama Malikiyyah, Abu Daud Zahiri dan Syawkani, melihat tidak ada kesalahannya apabila ia sudah menjalani proses dibagh atau ibid.

Ingin aku jelaskan, mengapa Imam Syafie mengatakan najis khinzir sama dengan najis anjing. Seperti yg telah dinyatakan, beliau menggunakan "qiyas awla". Menurut beliau, pengharaman anjing yg tidak jelas di dalam Al-Quran wajib disucikan najisnya dengan cara bersamak, justeru khinzir yg secara jelas pengharamannya, lebih utama disucikan dengan cara itu.

Bagi jamhur ulama, mengatakan hadis Abu Hurairah yg berkaitan cara menyucikan najis anjing bertindak atas anjing semata-mata dan bukan bagi binatang lain. Berdasarkan surah Al-Maidah ayat 5, pengharaman daging khinzir berkaitan dengan persoalan makan, tidak ada kaitan dengan cara menyucikan. Lebih lagi, dlm ayat iut, turut diharamkan ialah bangkai dan darah. Mengapa tidak pula cara menyucikan kenajisan darah dan bangkai sama seperti penyucian najis anjing?

Kesimpulannya, boleh dikatakan ijtihad Imam Syafie dalam cara penyucian najis khinzir adalah adalah tidak kuat. Terdapat imam mujtahid dalam mazhab Syafie menyangkal pendapat beliau dan bertegas menyatakan cara penyucian najis khinzir adalah cukup dengan sekali basuhan seperti najis mutawassitah yang lain. Antara yg terkenal ialah Imam Nawawi. Pendapat beliau ini sama seperti majoriti umat Islam dan bertepatan dengan dalil.

Walllahu'alam.

Sumber dipetik daripada Fikah Luar Negara tulisan Maszlee Malik dan Hamidah Mat.

Saturday, May 30, 2009

Solat

Semalam merupakan Jumaat dan kali ketiga aku bersolat bersama sepuluh(10) orang jemaah sahaja.

Apakah ini satu ajaran baru? Inikah Islam liberal? Apakah sah solat Jumaat kami di bandar Toulon ini?

Mungkin bagi kalian yg telah berhijrah ke negara yg punyai ramai melayu dan penganut Islam mahupun yg menetap di bumi Malaysia, merasakan yg solat jemaat tanpa makmum seramai 40 orang adalah tidak sah. Tapi itu kata anda.

Fikirkan, kelas kami bermula jam 1.30. Masjid berada kira-kira 26 minit perjalanan menaiki bas. Solat Jumaat di "masjid" bermula jam 2.15 petang. Maka, apakah solusinya. Tinggalkan Jumaat dan gantikannya dengan Zohor, atau solat selepas kelas sebelum Asar dan makmum seramai 10 orang. Anda pilih yang mana?

Oleh yang demikian, saya memilih utk berJumaat bersama 10 orang dan selepas kelas. Adakah ianya sah dan diterima?

Syarat sah solat Jumaat:

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah.


Rukun-rukun khutbah Jumaat:
  1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
  2. Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
  3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
  4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
  5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."


Syarat sah Khutbah Jumaat:

  1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
  2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
  3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
  4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
  5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalambahasa Melayu.
  7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
  8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
  9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
  10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
Maka setelah melihat rukun-rukun dan syarat sah solat dan khutbah Jumaat(diambil daripada Wikipedia), anda mesti menyatakan saya salah?

1) Mazhab Syafie mengatakan bilangan sah solat Jumaat ialah 40 orang yg bermukim. ( Kata-kata ini dikategorikan dhaif kerana direkodkan melalui pelapor bernama Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Para ulama bersepakat mengenai kedhaifannya kerana ia dituduh menipu dan memalsukan hadis.)

2) Mazhab Hanbali mengatakan bilangan sah solat Jumaat ialah 50 orang yg bermukim.(Hadis ini dikategorikan dhaif kerana pelapor bernama Jaafar bin Zubair, dimana hadis² dilaporkan beliau tidak diterima oleh para ulama.)

3) Syiah Imamiyyah mengatakan bilangan sah solat Jumaat ialah 5 orang. ( Ahli Sunah Wal Jamaah bersepakat menolak hadis direkodkan golongan Syiah)

4) Imam Abu Hanifah mengatakan bilangan wajib solat Jumaat ialah 4 orang.( Dilaporkan oleh Zuhri dan hadis² dilaporkan oleh beliau adalah lemah)

5) Abu Yusuf ( anak murid utama Imam Abu Hanifah ) mengatakan bilangan sah ialah 3 orang. ( Hadis yang disandarkan dikategorikan lemah )


Apabila dilihat kembali, pendapat² ini adalah berdasarkan hadis yg lemah dan tidak boleh dibawa berhujah.

Ayuh kita melihat kembali makna surah al-Jumua'ah ayat 9:
"Wahai orang yg beriman, apabila dilaungkan azan memanggil kamu bersolat Jumaat, bersegeralah menunaikannya dan tinggalkan urusan perniagaan."

Oleh yang demikian, tunaikan solat Jumaat. Ditunaikan berjemaah dan bilangan berjemaah adalah minima 2 orang. Maka, cukuplah sekiranya 2 orang menunaikan solat Jumaat. Pendapat ini diterima oleh Ibn Hazm Zahiri. Cukuplah dengan melaksanakan khutbah dan bermakmum dan dijalankan di antara waktu Zohor dan Asar.

Pendapat ini juga disokong oleh kebanyakan ulama moden dalam menangani masalah umat Islam di negara bukan Islam. Solat Jumaat merupakan syiar Islam. Janganlah kita terlalu taksub dengan satu mazhab sehingga meninggalkan syiar Islam.

Dan haruslah kita bijak menggunakan kemudahan yang diberi dan jangan disalah guna. Alasan malas ke masjid tidak dapat diterima. Sekiranya dikurniakan kelapangan, saya juga memilih utk ke masjid walaupun khutbah diberikan di dalam bahasa Arab dan Perancis.
Wallahu'alam.

Solat itu tiang agama, AYUH!

Saturday, May 16, 2009

Sepurnama sudah di sini...


Dah sebulan dah kat France. Byk bende baru, pengalaman baru, pemandangan baru...segalanya pun baru.

Yang plg aku tak leh lupe dpt "fly" nie, tym kat airport. Meremang gak ah bulu roma, mase turun "escalator". Ramai gile jerit2 kat atas. Tp bukan kat aku ah, kat bebudak yg "fly" skali ngan aku. Waktu kat airport tu ah plg best...cam terharu...sume pun "care" je kat aku...orang yg jarang-jarang aku tgk nangis pun bleh nangis...



Tapi skunk dah smpi France...Misi skunk ialah belajar dan kutip suma ilmu bermanfaat. InsyaAllah. Thanks to Malaysians. Thanks to mak abah. Merci beaucoup. Tak lupe, kat special friend aku. Thanks ek for supporting me. Hehe.





Genap sebulan di sini.
Toulon, 16 Mai.

Tuesday, May 12, 2009

Toulon-Paris-Toulon


4 Malam 3 Hari...
Dalam tempoh itu, aku berada di Paris, ibu kota Perancis. Bandar romantika, bandar percintaan. ( Ville d'Amour )

Bukan kejutan untuk melihat kekasih-kekasih bercumbuan di bawah mercu tanda mereka, menera Eiffel ( Tour d'Eiffel ). Tapi bukan itu menjadi coretanku pada kali ini. Lebih banyak hikayat lain ingin dicoretkan.

19h23, kami, Mustaqim dan Amal termasuk "Aku" melangkah ke dalam perut TGV. Kami menaiki train terkahir dan bertolak ke ibu kota. Perjalan jauh dirasakan singkat. Kepantasan TGV merentas negara membuat perjalanan berjarak 930Km menjadi 3jam17minit. Kami tiba di Paris 23h11. Tanpa kami ketahui ke mana arah tuju. Ada polan yang mencadangkan utk menetap di masjid. Tapi kami bermesyaurat dan menggunakan laptop kami mencari hotel "murah" dan hampir dgn station metro. Kami menetap di Etap Hotel.



Huhu, kelegaan dapat meletakkan badan di atas tilam empuk. Keesokkan, destinasi pertama kami ialah Tour Eiffel. Kemudian, Arc de Triomphe, Musee de L'ouvre, Notre Dame, Masjid Paris.

Keesokkan hari, lawatan diteruskan ke Opera House, Stade de France dan ke Tour Eiffel kembali. Utk menikmati suasana malam di sana.



Semasa berada di Paris, telah ku temui beberapa orang melayu. Yang datangnya mereka utk berjalan. Seronok kerana mereka sgt bannga dan menghormati kami. Kerana kebolehan kami berbahasa Perancis.



Kemudian pada malam Ahad, kami telah tidur di stesen kererapi ( Gare de Lyon ) kerana "saving" duit. Haha. Di sana pelbagai ragam dpt dilihat. Yang plg seram, jumpa byk orang mabuk. Sambil jalan cakap sesorang, duduk pun cakap sesorang. Pastu dtg kat aku cakap aku gila, pastu mintak 10sen. Aku pun tak paham.



Oh Paris, bandar "mabuk" cinta...

Friday, May 8, 2009

Sujudku hanya untuk-Mu

Sebelum berangkat ke Perancis, ibu ade mengirimkan padaku sebuah e-mel. Yang menunjukkan gmbr-gmbr orang menunaikan solat.

Kini, giliran aku mempraktikkannya. Gmbr solat itu bukan gmbr solat di dalam rumah, atau di masjid mahupun surau. Tetapi, gmbr2 mereka yang bersujud kepada Sang Pencipta tak kira walau dibumi mana berinjak kaki mereka.



Sungguh mengharukan. Kerana, dibumi yang majoriti rakyatnya tidak kenal pada agama, ada segelintir hamba yang tidak angkuh bersujud kepada Ilahi.

Bagaimana soal wuduk? Soal kesucian? Soal menggangu ketenteraman?



Bagi soal wuduk dan penyucian, kami di sini, menggunakan air mineral atau air yang di isi di dalam botol penyembur.

Kita juga dibenarkan mengambil wuduk dengan menyapu pada stokin.

Selain itu, selalunya kami akan memilih tempat-tempat yang tersorok dan jauh dari penduduk. Hal ini bagi memastikan kami tidak mengganggu ketenteraman awam. Tambahan, orang di sini akan melihat pelik atas kelakuan kita melaksanakan tanggungjawab. ( Tak perlu risau )



Kita juga dibenarkan solat sambil memakai kasut. Sebahagian dari kita mesti berasa hal ini pelik. Sebelum rasa pelik mengatasi cinta pada sunnah, baca dan fahami hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam membenarkan solat dengan memakai kasut.



Anas ibn Malik radiyallahu 'anhu pernah ditanya: "Benarkah Nabi sallallahu 'alayhi wasallam pernah solat sambil memakai kasut?" Jawab Anas: "Ya." (Al-Bukhariy & Muslim).

Kisah Nabi sallallahu 'alayhi wasallam solat bersama para Sahabah radiyallahu 'anhum sambil memakai kasut, di pertengahan solat baginda membuka kasut dan diikuti para Sahabah. Baginda berbuat demikian kerana diberitahu Jibrail bahawa kasut baginda tidak suci. Kemudian Nabi berpesan agar mereka memeriksa kasut mereka dan bersihkan kasut sebelum solat sanbil berkasut (Abu Dawud - sahih menurut Al-Albaniy).

Antara sebab Nabi sallallahu 'alayhi wasallam suruh solat pakai kasut ialah untuk membezakan kita dengan kaum Yahudi yang tidak solat sambil berkasut (Abu Dawud - sahih menurut Al-Albaniy).

Oleh itu, tiada lagi alasan untuk tidak solat. Dibumi yang terasing ini, hanya kepada-Nya kita berserah. Tiada kekuatan dan kudrat melainkan dengan kehendak-Nya.
Janganlah kita bersifat ego, bongkak dpt "survive" di negara orang tanpa bantuan-Nya.
Wallahu'alam.







Berikanlah ku kekuatan Ya Allah.

Wednesday, May 6, 2009

Greve???

First of all, korang mesti tertnya apa tu greve kan??? Bagi student Malaysia kat France mesti dah taw, dan sgt memahami situasi greve.
Greve dapat didefinisikan sbg mogok, medium utk meluahkan perasaan.

Hari ini, Rabu, kami semua mendapat cuti percuma(sememangnya cuti percuma :p) disebabkan greve yg telah dilakukan oleh pelajar2 Perancis. Kami dihalang memasuki kawasan universiti. Awek-awek seksi juga turut menjadi pengawal pintu-pintu universiti.

Sungguh mengkagumkan. Di Malaysia, jawapannya ISA lah andai kata kita buat mcm ni. Haha.






Jauh perjalanan, luas pengalaman.

Merentas lautan

Setelah 9 hari menunggu, akhirnya, "Zirafah" yang ditunnggu pun tiba. Bukan dari Madagascar, tp dari Malaysia. Bersama 2 botol kicap dan 15 bungkus maggi kari. Ah, nikmat juga lidah ini setelah sekian lama tak merasa kari. Thanks a lot mom for this parcel. Sgt-sgt dihargai. And to my special one, jgn risau ah, "Zirafah" anda selamat tiba. Tanpa kecedaran yg parah. Kaki je terlipat. Huhu. Makanan France dah makin sebati dengan lidahku. Oh kebab, aku rindu kebab ber"sos"kan harrisa dan mayo. LaFayette, nntikan kehadiranku!







Alhamdulillah, semuanya selamat.

Sunday, May 3, 2009

Mont Faron lagi...




Perjalanan bebudak Toulon ke Zoo di Gunung(Mont) Faron. Bermula dengan menaiki kereta kabel(telepherique). Kemudian kitorang pergi ke Mourillon.

Sungguh indah perjalananku. Syukur.

Saturday, May 2, 2009