Monday, June 1, 2009

Oh khinzir, bagaimanakah?

Maka telah ditanya oleh sahabat aku di perantauan, apakah dia harus menyamak pinggan yang telah digunakan utk meletakkan daging khinzir?

Maka aku katakan tidak perlu. Oh! Ajaran baru lagi aku bawa kali ni. Tidak, ini bertentangan dengan apa yg kita pelajari di kala muda-muda. Haha.

Maka, apakah setiap kali pergi ke restoran di perantauan, anda akan membawa sebungkus plastik berisi tanah utk menyamak? Benarkah begitu solusi nya?

Ya, najis khinzir adalah najis mughallazah sekiranya mengikut mazhab Syafie. Hal ini kerana beliau menggunakan "qiyas awla" utk menentukan hukum najis khinzir.

Akan tetapi, hidup di perantauan tak semudah di Malaysia, di mana kedai halal boleh dikatakan terlalu mudah utk ditemui. Maka, adalah lebih baik kita menggunkan pendapat ulama lain dlm mengkategorikan najis khinzir.

Biar aku mulakan dari awal:

Umat Islam melalui para mujtahidinnya bersepakat daging khinzir adalah haram dimakan berdasarkan ayat 145 surah Al-An'am. Anggota-anggota khinzir yg lain juga adalah haram dimakan.

Kita juga bersetuju dalam perkara najis khinzir dan segala bersumberkan khinzir. Yang menjadi perselisihan, ialah najis khinzir ini dikategorikan sebagai najis yg bagaimana? Dan cara penyuciannya?

Jamhur ulama berpendapat bahawa najis khinzir tergolong dalam najis mutawassitah. Oleh itu, cara penyuciannya hanya memerlukan sekali basuhan sahaja apabila tersentuh. Sama seperti kenajisan darah, nanah atau pun tahi malah kencing. Namun demikian, bagi Imam Syafie, beliau berpendapat najis khinzir jatuh dlm kategori najis mughallazah.

Namun begitu, jamhur ulama melarang menggunakan perhiasan yg bersumberkan daripada khinzir kerana ia masih dikira sebagai najis. Tetapi, bagi sebilangan ulama Malikiyyah, Abu Daud Zahiri dan Syawkani, melihat tidak ada kesalahannya apabila ia sudah menjalani proses dibagh atau ibid.

Ingin aku jelaskan, mengapa Imam Syafie mengatakan najis khinzir sama dengan najis anjing. Seperti yg telah dinyatakan, beliau menggunakan "qiyas awla". Menurut beliau, pengharaman anjing yg tidak jelas di dalam Al-Quran wajib disucikan najisnya dengan cara bersamak, justeru khinzir yg secara jelas pengharamannya, lebih utama disucikan dengan cara itu.

Bagi jamhur ulama, mengatakan hadis Abu Hurairah yg berkaitan cara menyucikan najis anjing bertindak atas anjing semata-mata dan bukan bagi binatang lain. Berdasarkan surah Al-Maidah ayat 5, pengharaman daging khinzir berkaitan dengan persoalan makan, tidak ada kaitan dengan cara menyucikan. Lebih lagi, dlm ayat iut, turut diharamkan ialah bangkai dan darah. Mengapa tidak pula cara menyucikan kenajisan darah dan bangkai sama seperti penyucian najis anjing?

Kesimpulannya, boleh dikatakan ijtihad Imam Syafie dalam cara penyucian najis khinzir adalah adalah tidak kuat. Terdapat imam mujtahid dalam mazhab Syafie menyangkal pendapat beliau dan bertegas menyatakan cara penyucian najis khinzir adalah cukup dengan sekali basuhan seperti najis mutawassitah yang lain. Antara yg terkenal ialah Imam Nawawi. Pendapat beliau ini sama seperti majoriti umat Islam dan bertepatan dengan dalil.

Walllahu'alam.

Sumber dipetik daripada Fikah Luar Negara tulisan Maszlee Malik dan Hamidah Mat.

No comments:

Post a Comment