Saturday, May 30, 2009

Solat

Semalam merupakan Jumaat dan kali ketiga aku bersolat bersama sepuluh(10) orang jemaah sahaja.

Apakah ini satu ajaran baru? Inikah Islam liberal? Apakah sah solat Jumaat kami di bandar Toulon ini?

Mungkin bagi kalian yg telah berhijrah ke negara yg punyai ramai melayu dan penganut Islam mahupun yg menetap di bumi Malaysia, merasakan yg solat jemaat tanpa makmum seramai 40 orang adalah tidak sah. Tapi itu kata anda.

Fikirkan, kelas kami bermula jam 1.30. Masjid berada kira-kira 26 minit perjalanan menaiki bas. Solat Jumaat di "masjid" bermula jam 2.15 petang. Maka, apakah solusinya. Tinggalkan Jumaat dan gantikannya dengan Zohor, atau solat selepas kelas sebelum Asar dan makmum seramai 10 orang. Anda pilih yang mana?

Oleh yang demikian, saya memilih utk berJumaat bersama 10 orang dan selepas kelas. Adakah ianya sah dan diterima?

Syarat sah solat Jumaat:

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah.


Rukun-rukun khutbah Jumaat:
  1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
  2. Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
  3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
  4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
  5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."


Syarat sah Khutbah Jumaat:

  1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
  2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
  3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
  4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
  5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalambahasa Melayu.
  7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
  8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
  9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
  10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
Maka setelah melihat rukun-rukun dan syarat sah solat dan khutbah Jumaat(diambil daripada Wikipedia), anda mesti menyatakan saya salah?

1) Mazhab Syafie mengatakan bilangan sah solat Jumaat ialah 40 orang yg bermukim. ( Kata-kata ini dikategorikan dhaif kerana direkodkan melalui pelapor bernama Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Para ulama bersepakat mengenai kedhaifannya kerana ia dituduh menipu dan memalsukan hadis.)

2) Mazhab Hanbali mengatakan bilangan sah solat Jumaat ialah 50 orang yg bermukim.(Hadis ini dikategorikan dhaif kerana pelapor bernama Jaafar bin Zubair, dimana hadis² dilaporkan beliau tidak diterima oleh para ulama.)

3) Syiah Imamiyyah mengatakan bilangan sah solat Jumaat ialah 5 orang. ( Ahli Sunah Wal Jamaah bersepakat menolak hadis direkodkan golongan Syiah)

4) Imam Abu Hanifah mengatakan bilangan wajib solat Jumaat ialah 4 orang.( Dilaporkan oleh Zuhri dan hadis² dilaporkan oleh beliau adalah lemah)

5) Abu Yusuf ( anak murid utama Imam Abu Hanifah ) mengatakan bilangan sah ialah 3 orang. ( Hadis yang disandarkan dikategorikan lemah )


Apabila dilihat kembali, pendapat² ini adalah berdasarkan hadis yg lemah dan tidak boleh dibawa berhujah.

Ayuh kita melihat kembali makna surah al-Jumua'ah ayat 9:
"Wahai orang yg beriman, apabila dilaungkan azan memanggil kamu bersolat Jumaat, bersegeralah menunaikannya dan tinggalkan urusan perniagaan."

Oleh yang demikian, tunaikan solat Jumaat. Ditunaikan berjemaah dan bilangan berjemaah adalah minima 2 orang. Maka, cukuplah sekiranya 2 orang menunaikan solat Jumaat. Pendapat ini diterima oleh Ibn Hazm Zahiri. Cukuplah dengan melaksanakan khutbah dan bermakmum dan dijalankan di antara waktu Zohor dan Asar.

Pendapat ini juga disokong oleh kebanyakan ulama moden dalam menangani masalah umat Islam di negara bukan Islam. Solat Jumaat merupakan syiar Islam. Janganlah kita terlalu taksub dengan satu mazhab sehingga meninggalkan syiar Islam.

Dan haruslah kita bijak menggunakan kemudahan yang diberi dan jangan disalah guna. Alasan malas ke masjid tidak dapat diterima. Sekiranya dikurniakan kelapangan, saya juga memilih utk ke masjid walaupun khutbah diberikan di dalam bahasa Arab dan Perancis.
Wallahu'alam.

Solat itu tiang agama, AYUH!

No comments:

Post a Comment