Thursday, February 24, 2011

Ini dia, fakta buat semua.

Assalamualaikum,

Bagi pembaca yg baru, entri ini bermula di sini http://mahfuzmohammad.blogspot.com/2011/02/kenapa-menyertainya.html

Siapa mahu sertai aku utk selamanya di dunia? Marilah. Sbb, sbnrnya, dunia tak indah kalau sendirian. Lelaki tak tenang tanpa wanita, orang kaya tak senang duduk kalau tiada mangsa, bola tak seronok tanpa pemain yg ramai.

Maka, temanilah aku bersama di dunia.

Ini dia fakta, dan sudah pasti benar:

  1. Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. (Ar-Rum: 1-4)
  2. Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. (Surah ar-Rahman;19-20)
  3. "Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (Surah An-Nur: 40)
  4. Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui. (Surah Yaasin: 36)
  5. Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)
Ah, ini dikatakan fakta? Auta? Mana buktinya. Ini namanya informasi, bukannya fakta. Nah, berikan bukti!

  1. Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia.
  2. Sifat lautan, sekalipun larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya. Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur'an diwahyukan.
  3. Sekalipun konsep 'berpasang-pasangan' secara umumnya difahami untuk lelaki dan wanita, kenyataan mengenai 'dari benda yang tidak diketahui oleh mereka' mempunyai implikasi yang luas. Hari ini, satu dari implikasi ayat ini telah di dedahkan. Seorang saintis berbangsa british Paul Dirac, yang mengusulkan bahawa zarah diciptakan berpasang-pasangan, telah dianugerahkan hadiah nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933. Penemuan ini dinamakan Parite, menyatakan bahawa setiap zarah berpasangan dengan zarah yang berlainan dengannya iaitu anti-zarah. Anti-zarah mengandungi sifat yang bertentangan dengan sesuatu zarah. Sebagai contoh, bertentangan dengan zarah, anti-zarah bagi elektron adalah bercas positif (positron) dan anti zarah bagi proton adalah bercas negatif (antiproton). Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut.
  4. Hari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!
Ini fakta, bersama bukti. Di ambil dari kitab yg satu, Al-Quran Al-Kareem. Bagaimana? Masih meragui? Maka, bertanyalah pada pakcik wiki, makcik google, uncle yahoo dan sanak saudaranya. Utk puaskan hati kamu.

Ini... Ini apa yg Dia berkata kepada kita:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

-Surah Al-Qasas: 77-

Maka, ini juga sudah pasti, bahawa, benar, akhirat itu wujud.

Kita tidak selamanya di dunia wahai pembaca. =)



Mahfuz Mohammad
La Garde, France.

Sumber diambil daripada web HarunYahya.

No comments:

Post a Comment