Monday, July 20, 2009

Pernahkah kita fikirkan?

Dia bertanyakan pada sahabatnya, tetapi respon diberikan tidak seperti yg dia hendaki. Rasanya, sahabatnya itu kurang berminat akan persoalan ini. Ataupun, sengaja menyisihkan dia.

Dia, bukanlah seorang yg sempurna, yg disayangi semua. Kerana di dalamnya, terbentuk sifat yg dia sendiri tidak dari mana datangnya. Sifat itu membuat sesetengah kawan-kawannya hilang layanan kepadanya. Puas dia cuba membuang, tetapi ada kala, secara tidak disedari, sifat itu kembali.

Tetapi, itulah manusia, mahukan yg baik, dan yg jahat disisihkan. Layanan diberi tidak sama rata. Dia terkilan, terkilan dgn sahabatnya yg dia rasakan boleh dipercayai, tetapi kadangkala memberi layanan yg mengguris sukmanya.

Manusia, bila disoal berkali-kali, kelak naik jemunya. Manusia, andai kita membuat silap, kelak dia akan menyisihkan. Manusia, andai kita terkasar dan terlupa padanya, kelak kita akan ditinggalkan.

Ini sifat manusia yg dia lihat.

Maka berfikirlah dia.

“Oh Allah, walaupun aku melakukan dosa padaMu, tidak pernah Engkau memutuskan rezekiMu kepadaku. UdaraMu Engkau berikan padaku. CahayaMu tetap aku peroleh. Oh Allah, dengan sifatMu Ar-Rahman Ar-Rahim, Engkau tetap memberikan rezeki pada mereka yang mengkufurkan Mu. Ya Allah, Engkau sebaik-baik tempatku mengadu. Tidak pernah sesaat Engkau tidak mendengar rintihanku. Tidak pernah Engkau mengabaikan pengaduanku. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Besar.”


Pernahkah kalian hadapi situasi seperti ini?
Sekadar pedoman buat pembaca.

Wednesday, July 15, 2009

Kembara Toulouse

Angin kencang bertiupan sejak kebelakangan ini. Orang di sini menggelarnya Mistral. Tiupan angin ini sehinggakan dia merasakan dirinya seperti terikut irama angin itu. Turut bergoyang. Percutiannya ke Toulouse yg diberi nama Kembara Ilmu itu masih dia rasakan baru berlalu.

Masih segar diingatan setiap butir-butir kata yg sarat dgn ilmu. Sungguh berhikmah. Perjalanan yg tiada nilai bandingan dengan wang. Ukhuwah dibina. Dia bertemu dengan pengembara dari Colmar, Nice, Paris dan byk lagi.
Kini dia tercelik. Ya, sekian lama mata dipejam, kini baru kembali celik. Benar kata-kata lelaki itu, tanah yang sama, udara yg sama, sinaran matahari yg sama, tetapi setiap buah yg tumbuh di bumi itu berbeza. Berbeza dari segi warna, rupa dan rasa. Maka dia bertanyakan pada dirinya, apakah ini semua hanya kebetulan, dan dia yakin, seyakin-yakinnya tidak. Pasti, ada yg berkuasa dalam setiap aturan di bumi ini.

Setelah 4 hari dia menimba ilmu, tibalah masa utk pulang ke tempat asal. Perjalanannya dari Toulouse ke Toulon memakan masa kira-kira 5 jam atau 600KM. Tetapi perjalanan jauh itu tidak dirasakan. Dia melihat, dari cermin TGV, bunga-bunga matahari, tumbuh dengan menghadap ke arah yg sama.


Bunga matahari itu tidak pernah silap utk tumbuh ke arah yg bertentangan. SubahanAllah. Dia yakin, yakin dengan seyakinnya, pasti ada yg mengatur kejadian ini. Dan dia percaya, setiap isi-isi dunia ini, patuh pada arahan itu, melainkan manusia.
Dan, setibanya dia di Toulon, dia perhatikan langit. Dan, dia tatapi, bagaimana warna langit itu campurannya sungguh harmoni. Jingga ke biru. Sungguh menakjubkan. Dia kini yakin. Dia berkata:

“Oh Allah, Yang Maha Sempurna, setiap kejadian ini telah membuka mataku. Sungguh, Kau Maha Berkuasa. Ya Allah, ampunkanlah kesalahanku. Ya Allah, Kau tambahkanlah imanku. Maha Suci Engkau, dan Segala Puji bagi Engkau, Pemilik langit dan bumi. Perkananlah doaku.”

Kembara ini membuka mata. Kembara kita.

Tuesday, July 7, 2009

Rumah baruku.

Alhamdulillah, syukur. Aku telah selamat berpindah ke rumah baru. Satu pengalaman yg aku kira sgt berharga.

Susah rupanya berpindah ni. Lagi2 kehadiran aku ke bumi Perancis ini hanya membawa baju dan makanan. Segalanya di dalam rumah ni baru.

Byk juga kehabisan wang membeli kelengkapan. Seperti periuk, tong sampah, printer, mesin basuh. Mujur makcik yg menjaga aku dahulu memberikan aku cadar, bantal dan selimut. Dan adiknya memberikan aku pinggan mangkuk.

Sungguh aku berterima kasih. Satu pengajaran buat ku.

Penilaian awal tidak bermakna.
Diam, perhatikan dan merumuskan.







Pengajaran dari pengembaraan.
Residence de Faron.

Saturday, June 27, 2009

Camargue

Sabtu, 27 Jun.



Aku dan sekalian rakan ku di Toulon dan dua daripada Aix telah ke Camargue. Sebuah ladang penternakan lembu, kerbau dan kuda. Kagum. Di sini terdapat sawah padi walaupun tak semirip sawah di Malaysia. Di sini, aku di sajikan dengan pertunjukan kemahiran para koboi Perancis. Sgt kagum. Sgt sgt kagum. Melihat mereka mengawal lembu keluar masuk kandang. Lembu di sini bukanlah seperti di Malaysia, jinak.




Lembu (vache) dan kerbau (taureau) ini kemudiannya akan di cop dengan logo ladang ternak itu. Menggunakan besi panas dan ditempa di atas kulit lembu itu.




Kemudian disajikan kepada kami permainan bouquet, iaitu penunggang kuda perlu merampas bunga daripada penunggang lain.


Dan paling mencemaskan serta mendebarkan ialah permainan berkejar-kejar dgn lembu dan kerbau.





Sungguh menjadi pengalaman baru bagiku.

Maaf, gmbrku tidaklah sehebat mana.

Tuesday, June 9, 2009

Selamat hari jadi buat teristimewa

Selamat Hari Jadi Fazlina!!!

Biarpun jarak lebih 10000km, aku tetap nak wish koe selamat hari jadi. Wah, dah besar dah skunk ek? Dah bleh jadi Dr. Huhu. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Dan kekal-kekal cun selalu. Haha. Eh, gi India nnt bitaw aku!

Thursday, June 4, 2009

ANDA HEBAT

Sekiranya anda tidak membaca apa yg besar.


Inilah nasib aku di Perancis. Bukanlah sesuatu yg buruk, tp sekadar ingin berkongsi dengan korang, strategi perkataan kecil di Perancis.
Di sini, kebanyakan penjual-penjual suka meletakkan sesuatu promosi secara besar-besaran namun, di sebalik promosi itu, terdapat "penipuan" yg akan kita kesali.
Sebagai contoh, digembar-gemburkan internet unlimited, tp yg unlimited itu adalah masa kita on-line. Tetapi jumlah had maksima ialah 500Mb. Apakah byk nilai itu?
Kes lain, seperti membuat kredit di sini, ditayangkan 3% sahaja interest. Tetapi 3% itu hanya pada bulan pertama dan bulan berikutnya, melambung kepada peratus yg lebih tinggi seperti 20%. Bayangkan...
Oleh itu, harus menjadi bijak ketika berurusan di bumi Perancis. Perhatikan setiap tulisan-tulisan kecil yg boleh kata, selalu diabaikan.

Penipuan secara bijak, oh Perancis!

Monday, June 1, 2009

Oh khinzir, bagaimanakah?

Maka telah ditanya oleh sahabat aku di perantauan, apakah dia harus menyamak pinggan yang telah digunakan utk meletakkan daging khinzir?

Maka aku katakan tidak perlu. Oh! Ajaran baru lagi aku bawa kali ni. Tidak, ini bertentangan dengan apa yg kita pelajari di kala muda-muda. Haha.

Maka, apakah setiap kali pergi ke restoran di perantauan, anda akan membawa sebungkus plastik berisi tanah utk menyamak? Benarkah begitu solusi nya?

Ya, najis khinzir adalah najis mughallazah sekiranya mengikut mazhab Syafie. Hal ini kerana beliau menggunakan "qiyas awla" utk menentukan hukum najis khinzir.

Akan tetapi, hidup di perantauan tak semudah di Malaysia, di mana kedai halal boleh dikatakan terlalu mudah utk ditemui. Maka, adalah lebih baik kita menggunkan pendapat ulama lain dlm mengkategorikan najis khinzir.

Biar aku mulakan dari awal:

Umat Islam melalui para mujtahidinnya bersepakat daging khinzir adalah haram dimakan berdasarkan ayat 145 surah Al-An'am. Anggota-anggota khinzir yg lain juga adalah haram dimakan.

Kita juga bersetuju dalam perkara najis khinzir dan segala bersumberkan khinzir. Yang menjadi perselisihan, ialah najis khinzir ini dikategorikan sebagai najis yg bagaimana? Dan cara penyuciannya?

Jamhur ulama berpendapat bahawa najis khinzir tergolong dalam najis mutawassitah. Oleh itu, cara penyuciannya hanya memerlukan sekali basuhan sahaja apabila tersentuh. Sama seperti kenajisan darah, nanah atau pun tahi malah kencing. Namun demikian, bagi Imam Syafie, beliau berpendapat najis khinzir jatuh dlm kategori najis mughallazah.

Namun begitu, jamhur ulama melarang menggunakan perhiasan yg bersumberkan daripada khinzir kerana ia masih dikira sebagai najis. Tetapi, bagi sebilangan ulama Malikiyyah, Abu Daud Zahiri dan Syawkani, melihat tidak ada kesalahannya apabila ia sudah menjalani proses dibagh atau ibid.

Ingin aku jelaskan, mengapa Imam Syafie mengatakan najis khinzir sama dengan najis anjing. Seperti yg telah dinyatakan, beliau menggunakan "qiyas awla". Menurut beliau, pengharaman anjing yg tidak jelas di dalam Al-Quran wajib disucikan najisnya dengan cara bersamak, justeru khinzir yg secara jelas pengharamannya, lebih utama disucikan dengan cara itu.

Bagi jamhur ulama, mengatakan hadis Abu Hurairah yg berkaitan cara menyucikan najis anjing bertindak atas anjing semata-mata dan bukan bagi binatang lain. Berdasarkan surah Al-Maidah ayat 5, pengharaman daging khinzir berkaitan dengan persoalan makan, tidak ada kaitan dengan cara menyucikan. Lebih lagi, dlm ayat iut, turut diharamkan ialah bangkai dan darah. Mengapa tidak pula cara menyucikan kenajisan darah dan bangkai sama seperti penyucian najis anjing?

Kesimpulannya, boleh dikatakan ijtihad Imam Syafie dalam cara penyucian najis khinzir adalah adalah tidak kuat. Terdapat imam mujtahid dalam mazhab Syafie menyangkal pendapat beliau dan bertegas menyatakan cara penyucian najis khinzir adalah cukup dengan sekali basuhan seperti najis mutawassitah yang lain. Antara yg terkenal ialah Imam Nawawi. Pendapat beliau ini sama seperti majoriti umat Islam dan bertepatan dengan dalil.

Walllahu'alam.

Sumber dipetik daripada Fikah Luar Negara tulisan Maszlee Malik dan Hamidah Mat.