Saturday, February 26, 2011

Bermusafir, menghilangkan dahaga.

Assalamualaikum,

Utk satu tempoh yg tiada tentu, aku bermusafir. Ya, jauh. Jauh dari tempat tinggal. Mencari sesuatu. Dan mengharapkan sesuatu.

Ya, apa yg terkandung di dalam Kitab Al-Quran, yg aku imani. Itu menjadi harapan. Janji-janji Yang Maha Sempurna.

Ini perjalanan maghfirah. Perjalanan kekasih merindui kekasih.

Semoga, aku bertemu apa yg aku hajati. Yg aku imipikan. Aku rindu. Rindu bertemu kekaksihku. Rindu dgn janjinya. Ya Allah, ampuni aku. Kerana, dosa ku menggunung tinggi. Juga, tugasku masih byk. Juga, aku muda lupa pada-Mu. Ya Allah, ampuni daku.

Buat kalian, hayati lagu ini. Fikirkan, kita, tak selamanya di dunia. Di sana, sedia menanti sesuatu yg indah.

Blog terhenti seketika, mungkin. InsyaAllah akan menulis kembali.

Friday, February 25, 2011

Duniaku sayang, jgn tinggal daku.

Assalamualaikum,

Puas sudah aku katakan, aku cinta padamu wahai dunia. Namun dia tetap ingin meninggalkan aku. Lelah, lelah bekata pada dunia supaya teruskan keindahannya.

Utk apa kita belajar sekirannya dunia tetap ingin menyingkirkan kita daripadanya? "Kau ini sungguh ekstremis!" kata pembaca kepada aku.

Eh, kenapa kalian berkata begitu? Adakah kalian ini orang-orang yg tahu ajal kalian. Yg tahu matinya bila, maka sudah tahu kena belajar sesungguh mungkin utk capai sesuatu di hadapan sebelum masa tamat.
Utk apa menjadi kaya kalau nnt, dunia tak bersama kita lagi, harta pun ditinggal bersama sang dunia? "Kau patut menjadi miskin, baru tahu apa gunanya harta!" kata pembaca pada aku.

Mengapa kita bekerja bagai hendak lelah, tp akhirnya, gaji habis kepada cukai, kepada hutang kereta, hutang rumah. Yg tinggal utk makan dan keluarga sedikit. Dan akhirnya, kereta, rumah dan negara yg kita beri cukai, bakal kita tinggalkan? "Sungguh, kau ini puak pelampau!" aku dicerca lagi oleh pembaca.

Masakan tidak aku berkata begitu. Lihat, manusia gila kepada ilmu. Belajar sehingga lewat malam. Tetapi, jauh sekali utk melihat apa yg realiti. Lihat manusia menangis gagal dlm pelajaran. Belajar sehingga pecah kepala. Akhirnya?

Apa yg dapat? Segulung ijazah. Tetapi, apakah ijazah itu satu jaminan kerja? Kalau benar ijazah itulah penyambung rezeki, penentu hidup, masakan masih ramai yg menganggur. Ramai yg hutang. Ramai yg miskin.

Kenapa? Apakah ijazah kalian boleh memberhentikan kezaliman? Harga barang yg naik. Harga minyak, kos rumah. Apa yg ijazah kalian mampu lakukan?

"Hoi bodoh! Kau ini sudah gila. Dgn ijazah, aku boleh dipandang tinggi. Berilmu. Aku boleh masuk ke arena politik. Aku boleh membaiki keadaan." kata mereka yg tidak berpuas hati dgn provokasiku.

Buktikan kata-katamu. Ijazah itu pembantu. Nah! Ini kenyataan, ramai ahli politik itu orgnya berpelajaran, apakah nasib rakyat semakin baik?

"Kau ini ekstremis. Penentang kerajaan! Tak tahu dikenang budi. Dahulu datuk nenek kita susah, nak makan susah. Kita skrg mudah. Dpt belajar jauh-jauh. Kau tahu tak? Allah marah orang yg tak reti bersyukur!" tambah seorang lagi yg benci dgn kata-kata aku.

Benar ke begitu wahai pembaca? Kita makin senang? Di mana ya kesenangan itu?

Seorang ayah, risau akan keselamatan anak perempuannya keluar malam. Seorang ibu, takut-takut anaknya menghisap dadah. Lagi? Kenapa masih ada yg miskin? Sedangkan untung negara berbillion.

Kalian yg membaca blog ini, mungkin hidup kalian senang. Tak merasa tidak makan sehari atau seminggu. Terlalu mewah. Kereta, baju, makanan. Mudah buat kalian utk dapatkan. Tak pernah merasa lapar sehingga mahu mati.

"Bodoh! Org miskin makin sedikit. Kau buta ke? Merapu menulis." bentak orang ketiga.

Orang bandar, miskin! Hutang kereta, hutang rumah. Ini tidak miskin? Gaji RM 3000 sebulan, rumah berharga RM 350 000. Kereta berharga RM 45 000. Cukup kah? Makan lagi, minyak, perubatan, anak-anak, isteri, pakaian. Mana senangnya? Cukai lagi. Tunjukkan, mana senang? Belajar di luar negara, belum habis sudah berhutang. Aku, RM 400 000. Apa ini? Kegilaan?

Tunjukkan lagi, mana senangnya?

Senang, kalau kalian amalkan rasuah. Amalkan kronism. Amalkan riba. Ya, itu mmg mudah. Dan, bisa terasa senang. Ingin apa? Gosok sahaja kad kredit. Ingin projek, beri sahaja imbuhan.

Dunia ku sayang...

Ijazahmu itu, tidak menjamin apa-apa rezeki buatku. Itu hanya segulung kertas.

"Hoi pelamp..." belum sempat dihabiskan aku berkata:

"Wahai pembaca, benarkan aku berhujah buat seketika. Kemudian, kita fikirkan."

Aku tidak mahu berkata yg byk. Kerana aku manusia, bisa tersilap. Aku bukan ekstremis, kerana aku cintakan kedamaian. Aku suka melihat, tiada satu manusia pun yg miskin, yg lapar. Aku, dunia ini aman. Tp, aku tidak percaya pada ijazah. Kerana, ijazah hanya segulung kertas. Dan ilmuku, bukan pula ilmu yg mampu berubah politik dunia.

Ini hujahku:
  1. "Allah melapangkan rezeki bagi orang yg Dia kehendaki..." 29:62. - Ya, rezeki aku dijamin oleh Allah. Tetapi harus igt, rezeki tidak datang bergolek.
  2. "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kepada kehidupan di dunia tetapi amal kebajikan yg terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Allah serta lebih baik menjadi harapan." 18:46 - Bahawa harta itu perhiasan sahaja.
  3. "....dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. " 21:107 - Bahawa keamanan hanya dpt tercapai melalui kaedah nabi.
  4. "Sungguh, telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu..." 33:21 - Lagi, bahawa hanya mengikuti nabi adalah cara terbenar.
Aku berkata begini, kerana aku merasakan, ramai, yg tidak nmpk bahawa, sebenarnya, apakah tujuan utama belajar.

Bukan utk tidak suruh belajar. Wajib! Wajib bagi muslim itu belajar. Tidak boleh seorang muslim itu menjadi bodoh. Tetapi, apakah benar kalian ini, belajar hanya utk mengharapkan keredaan Allah? Atau belajar kerana diri sendiri? Kerana mahukan wang? Kerana mahu dptkan kedudukan. Kerana mahukan isteri yg cantik. Kerana mahukan harta? Kerana mahu bantu keluarga?

Maka itu semua utk diri sendiri. Dan utk keluarga pula, apa bezanya dgn kronism? Yang kalian cukup benci apabila ahli politik membesarkan kroni. Maka belajar kerana keluarga juga adalah utk kroni. Bukan kerana ingin membantu masyarakat.

Kalian berkata, ilmu kalian mampu membaiki keadaan masyarakat. Mana buktinya? Sudah ribuan maha siswa di luar sana. Tetapi masih tetap masyarakat bermasalah.

Kalau benar ilmu itu segalanya, mengapa tidak di awal-awal islam, 13 tahun sblm era Madinah, nabi tidak menyuruh sahabatnya menuntut ilmu sains daripada bangsa Rom dan Parsi? Mengapa? Kalau itulah solusi permasalahan dunia?

Aku tidak memberi jawapan di sini. Kerana, hujahku, bukan semua mampu menerima. Tp, kita masih mampu berdiskusi. Andai benar, kalian mahu menyelamatkan masyarakat.

Mudah sahaja hidup. Kita hidup kerana Allah. Kerana mahu keredhaanNya. Bukan begitu wahai teman-teman pembaca?

Maka, apakah benar apa kita lakukan selama ini?

Andaikata kita mati, tetapi mati dlm mencari kesenangan dunia berbanding redhaNya, alangkah rugi.

Aku ingin berkongsi, tetapi hanya kepada siapa yg mahu. Mahu berubah. Mahu tahu apakah yg benar. Tidak salah utk tahu, akhirnya, kalian sendiri yg mampu menilai.

Ya, cita-citaku, hanya mahu mati syahid, jalan pintas utk ke negara bernama Syurga.

Ayuh, menuju ke negara itu. Ayuh, mengejar redha Allah. Ayuh, kita mengejar syahid. InsyaAllah.


Thursday, February 24, 2011

Ini dia, fakta buat semua.

Assalamualaikum,

Bagi pembaca yg baru, entri ini bermula di sini http://mahfuzmohammad.blogspot.com/2011/02/kenapa-menyertainya.html

Siapa mahu sertai aku utk selamanya di dunia? Marilah. Sbb, sbnrnya, dunia tak indah kalau sendirian. Lelaki tak tenang tanpa wanita, orang kaya tak senang duduk kalau tiada mangsa, bola tak seronok tanpa pemain yg ramai.

Maka, temanilah aku bersama di dunia.

Ini dia fakta, dan sudah pasti benar:

  1. Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. (Ar-Rum: 1-4)
  2. Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. (Surah ar-Rahman;19-20)
  3. "Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (Surah An-Nur: 40)
  4. Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui. (Surah Yaasin: 36)
  5. Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)
Ah, ini dikatakan fakta? Auta? Mana buktinya. Ini namanya informasi, bukannya fakta. Nah, berikan bukti!

  1. Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia.
  2. Sifat lautan, sekalipun larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya. Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur'an diwahyukan.
  3. Sekalipun konsep 'berpasang-pasangan' secara umumnya difahami untuk lelaki dan wanita, kenyataan mengenai 'dari benda yang tidak diketahui oleh mereka' mempunyai implikasi yang luas. Hari ini, satu dari implikasi ayat ini telah di dedahkan. Seorang saintis berbangsa british Paul Dirac, yang mengusulkan bahawa zarah diciptakan berpasang-pasangan, telah dianugerahkan hadiah nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933. Penemuan ini dinamakan Parite, menyatakan bahawa setiap zarah berpasangan dengan zarah yang berlainan dengannya iaitu anti-zarah. Anti-zarah mengandungi sifat yang bertentangan dengan sesuatu zarah. Sebagai contoh, bertentangan dengan zarah, anti-zarah bagi elektron adalah bercas positif (positron) dan anti zarah bagi proton adalah bercas negatif (antiproton). Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut.
  4. Hari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!
Ini fakta, bersama bukti. Di ambil dari kitab yg satu, Al-Quran Al-Kareem. Bagaimana? Masih meragui? Maka, bertanyalah pada pakcik wiki, makcik google, uncle yahoo dan sanak saudaranya. Utk puaskan hati kamu.

Ini... Ini apa yg Dia berkata kepada kita:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

-Surah Al-Qasas: 77-

Maka, ini juga sudah pasti, bahawa, benar, akhirat itu wujud.

Kita tidak selamanya di dunia wahai pembaca. =)



Mahfuz Mohammad
La Garde, France.

Sumber diambil daripada web HarunYahya.

Dunia, ini pilihan kita?

Assalamualaikum pembaca,

Pembacaan elok bermula dari entri ini: http://mahfuzmohammad.blogspot.com/2011/02/kenapa-menyertainya.html

Dahulu, di dalam tulisan aku sebelum ini, aku berhenti bila berbicara tentang akhirat.

Ah, benar ke wujud akhirat itu?! Ah! Lupakan sahaja akhirat. Jauh! Sangat jauh. Belum tentu benar adanya akhirat. Lupakan akhirat!

Ayuh pembaca, mari kita menjadi ahli dunia. Ya, dunia. Yg dapat kita lihat dan sentuh ini. Aku nk cerita, kenapa aku cinta dunia. Ayuh ayuh!

Inilah dunia...
Percintaan.



Hiburan.


Harta.


Itu baru sebahagian. Mungkin tidak dpt digambarkan secara detail bagaimana seronoknya aku dpt terpilih menjadi ahli dunia. Dalam ribuan sperma, akhirnya, hanya aku terpilih, utk lahir ke dunia. Ayuh manusia, kita bersyukur, kerana kita dpt merasai nikmat dunia. Lupakan dulu soal akhirat. Terlalu jauh bukan?

Waktu kanak-kanak, dunia adalah tempat kita bermain. Tenang tanpa kerja rumah. Tanpa bebanan.

Waktu remaja, seronoknya dunia. Bertemu dgn org yg nk bercinta. Indah. Cantik, lawa, kacak. Romantik. Bayangkan wajah awek, pakwe . Seronok bukan?

Ayuh ke hadapan. Perkahwinan, pekerjaan, wang. Handphone baru. Muzik. Apa lagi? Sebutkan apa yg tidak indah di dunia ini? Mustahil korang jumpa. Dah tu, kenapalah kita sibuk-sibuk nak ke akhirat?

Dunia sgt indah. Andai kata kita jadi pemimpin, kita boleh kaut duit dgn byk. Kayakan keluarga kita. Biarlah rakyat sengsara. Kita selesa. Indah bukan? Kita dpt apa kita nak. I-Phone 4, BMW, rumah banglo. Semuanya dapat. Biar! Biar semua rakyat dan orang bawahan kita terseksa. Kita peduli apa.

Dan kalau kita rakyat? Kalau kita rakyat, jomlah sama-sama bina diri jd orang atasan. Tak begitu ke solusinya? Taknak ditindas, jadilah orang besar. Bijak bukan idea ini?

Dadah, arak, seks, judi. Wah, ini lagi seronok. Eh, mengapa tidak pula? Ah! Korang orang beragama. Cuba lihat barat. Adakah mereka kata ini satu jenayah? Tidak bukan. Seronok dpt terhuyung-hayang lupa diri. Seronok melakukan seks tanpa kahwin. Boleh tukar-tukar orang. Ada byk pilihan. Ala, dunia maju. Hal bayi, itu boleh setel. Judi? Ini cara pantas utk kaya. Sudah kaya, biar pun tak jadi orang besar, hidup selesa.

Siapa bantah idea ini? Tak salahkan ramai org mabuk? Ala, mabuk pun, kita boleh bekerja dgn cekap. Hebat je barat. Seks, penyakit tak merebak punya kerana kita ada teknologi. Judi, walaupun nk menang susah, tp takpelah, kaya nnt. Bukankah begitu? Tokey judi kaya, kita pun kaya. Sama-sama kaya. Kita hidup kena saling bantu membantu.

Korupsi dan rasuah? Bagus! Siapa ckp ini kerja syaitan? Ini cara mudah utk kaya. Tlg menolong. Anda dpt projek anda kaya, anda kongsi bersama saya. Itulah rasuah.

Dah tu, ada nampak ke pincangnya dunia? Terlalu selesa sudah menjadi rakyat dunia. Mengapa perlu ke akhirat?

Samakah orang buta dgn orang yg melihat?

Harga minyak kenapa selalu naik? Kenapa pula cukai terlalu tinggi? Kenapa saman terlalu mahal? Kenapa pula tol, bil air dan bil elektrik, harganya mahal? Kenapa rumah harganya mahal?

Kita suka, adik kita dirogol, kakak kita dirogol. Kita suka ayah kita mabuk. Kita suka ayah kita berjudi habiskan duit. Kita suka, isteri atau awek kita tidur bersama orang lain. Ya, kita suka semua itu. Aku salahkah?

Kalau begitu? Masih inginkan dunia wahai pembaca?

Nah wahai pembaca, buat yg sygkan dunia:

Bagi yg inginkan rasa cinta: "Di dalam syurga, ada bidadari yg baik dan jelita." 55:70
Bagi yg suka harta : "...di dalamya (syurga) kamu peroleh apa yg kamu inginkan dan apa yg kamu minta." 41:31
Bagi yg dahagakan arak : "...dan sungai-sungai arak (yg tidak memabukkan) yg lazat..." 47:15
Bagi wanita??? : "Dan mereka dikelilingi pemuda yg tetap muda. Apabila kamu melihatnya, akan kamu kita mereka, mutiara yg bertaburan." 76:19

Kini terpulang, mahu percaya yg mana. Pilihan di tangan anda. Apa-apa pun, dunia tetap indah. Maka, pilih lah dunia? Begitu?

Itu baru sebahagian drpd kehidupan akhirat. Dan!!!!!!

Allah berkata, siapa yg memilih dunia, maka dia tidak mendapat akhirat.

Kalau selesa bersama dunia, silakan. Tiada paksaan utk pembaca. Aku sekadar berkongsi apa yg aku rasa.

Kerana akhirat itu jauh. Dan sukar utk kita percaya. Tetapi, tidak salah bukan kita percaya? Kerana, dunia kita dpt, akhirat pun dapat.



Wallahu'alam.

Dan ini sambungannya. Tekan di sini ---> SAMBUNG.

Kenapa menyertainya?

Assalamualaikum,

Kenapa ya, agak-agaknya aku menyertainya? Apakah yg aku peroleh? Bahkan, banyak perkara lazat akan aku tinggalkan. Tp mengapa? Mengapa aku sanggup? Dan mengapa aku ingin sentiasa menyertai dan bersamanya?

Usrah dan dakwah. Aku sedang berbicara mengenainya. Aku bukan pelajar jurusan agama, malah berbahasa arab juga tidak reti. Bukan belajar di negara teluk, bahkan aku dinegara yg jauh drpd islam. Yg rakyat ingkar kepada Allah. Jauh sekali mempercayai kewujudan tuhan. Namun, di bumi inilah, aku mendapat sesuatu yg apabila aku memberitahu ramai orang, mereka hairan, mengapa aku bersamanya.

Sudah sinonim dgn masyarakat, atau pelajar luar negara, dgn perkataan usrah. Sehinggakan, ada yg takut dgn perkataan ini. Malah, menjauhi dan hubungan dgn orang yg berusrah, semakin regang. Hairan. Dan mereka juga hairan, kenapa aku ingin bersama golongan berusrah.

Namun, pernahkah kita berfikir, mengapa ya kita dihidupkan? Barangkali, utk suka-suka? Tetapi, apakah rasional begitu? Bahkan, kalian yg berilmu, tatkala menjadi doktor, jurutera ataupun jurusan profesional yg lain, tidak akan melaksanakan perkara yg sia-sia. Jurutera mencipta alat yg berfungsi. Doktor pula ingin menyembuhkan pesakit.

Inikan pula, Yang Maha Bijaksana Lagi Maha Sempurna. Mustahil Dia mencipta kita dgn sia-sia. Dan diberikan kita nafsu, utk kita ikuti? Nafsu makan, nafsu hiburan, nafsu seks. Adakah kita hidup hanya utk memuaskan nafsu? Ya! Ya! Ya! Katakan ya. Kita hidup kerana nafsu.

Aduh aduh, cetek sungguh pemikiran kita. Kita selamanya di dunia? Kalian pasti? Selamanya di sini. Tiada penghujung, tiada kematian?

Itu rajah kehidupan, di mana anak panah hitam melambangkan kehidupan. Itulah yg diajarkan kitab Al-Quran. Adakah kita beriman dgnnya? Kalian pasti?

Mengapa aku berkata soal rajah ini. Apa kaitannya dgn mengapa aku menyertai usrah? Adakah orang yg tidak menyertai usrah, tidak nmpk kehidupan selepas mati. Adakah orang yg tidak bersama dakwah, tidak ke akhirat? Kalau begitu, mengapa aku tunjukkan rajah ini?

Sebelum itu, megapa kita ingin ke akhirat? Indah ke? Ada apa di sana? Ataupun, kita tidak pernah ingin ke sana? Tetapi, Allah tidak memberi kita pilihan, maka kita terpaksa menuju akhirat. Maka disebabkan tiada pilihan, maka kita merelakan diri ke sana? Tetapi akhirat itu bagaimana rupanya? Indah? Kalau indah, maka sudah pasti tiada masalah bukan utk ke sana? Tetapi kalau sengsara, apakah kalian sanggup?

"Engkau sudah merpek wahai penulis! Mana hujahmu? Mengapa engkau sertai usrah dan dakwah?".

Biarkan seketika, kerana manusia itu sifatnya tergesa-gesa. Bersabarlah, kalau benar kalian ingin tahu. Kebenaran pasti akan muncul. InsyaAllah.

Bersambung: Klik sini

Mahfuz Mohammad
La Garde, France.

Tuesday, February 22, 2011

Tulis kembali

Assalamualaikum,

Mungkinkah aku akan menulis kembali?

Setelah tiada tempat utk melepaskan pendapat dan rasa di hati.

Kesabaran sering teruji. Sungguh. Tetapi begitulah kehidupan. Manusia yang keluar ke masyarakat dan bersabar dgn karenah mereka, adalah lbh baik drpd menjadi ahli ibadah yg tidak keluar bertemu masyarakat.

Cuma, ada sesuatu yg tidak pernah difahami.

Mengapa?

Wednesday, August 12, 2009

Saturday, August 1, 2009

Dunia yg dikejar.

Dia ingin menjadi arkitek, mahu berkahwin dengan ahli ekonomi. Mahu mengumpul wang utk membeli rumah, bantu ayah dan ibu dan pergi haji.

Indah, jelas matlamatnya. Gembira, die rasa selesa dan selamat. Mampu menggapai cita-cita diidamkan.

Saudaranya, menangis, kelaparan, ketakutan. Matlamatnya ialah keamanan, undang-undang Allah tertegak kembali, keadilan.

Itulah makna Islam. Bukan sekadar sejahtera. Tunduk, patuh, taat, pelihara, selamat.

Maka dia bertanya? Mengejar wang tetapi mengabaikan saudara sendiri adakah wajar? Sampai bila? Duit tidak menjamin apa-apa.

Tp jgn pula menyalahkan anggap, rezeki dtg bergolek. Kita harus bekerja dan berusaha. Tetapi sahabat, jgn leka dgn duit dan pelajaran sahaja.

Fikirkan juga nasib saudara kita, dan bertindaklah.

Luahan rasa seorang hamba.

Monday, July 20, 2009

Ingatlah

Setiap kisah yg tercoret di sini tidak ada kena mengena secara langsung bg yg hidup atau yg mati.
Penulisanku sekadar utk kita berfikir. Bukan niat utk membidas, memalukan atau menyinggung perasaan para pengunjung. Maaf didahulukan.

Keimanan dan ketaqwaan, rahsia kejayaan umat terdahulu.

Pernahkah kita fikirkan?

Dia bertanyakan pada sahabatnya, tetapi respon diberikan tidak seperti yg dia hendaki. Rasanya, sahabatnya itu kurang berminat akan persoalan ini. Ataupun, sengaja menyisihkan dia.

Dia, bukanlah seorang yg sempurna, yg disayangi semua. Kerana di dalamnya, terbentuk sifat yg dia sendiri tidak dari mana datangnya. Sifat itu membuat sesetengah kawan-kawannya hilang layanan kepadanya. Puas dia cuba membuang, tetapi ada kala, secara tidak disedari, sifat itu kembali.

Tetapi, itulah manusia, mahukan yg baik, dan yg jahat disisihkan. Layanan diberi tidak sama rata. Dia terkilan, terkilan dgn sahabatnya yg dia rasakan boleh dipercayai, tetapi kadangkala memberi layanan yg mengguris sukmanya.

Manusia, bila disoal berkali-kali, kelak naik jemunya. Manusia, andai kita membuat silap, kelak dia akan menyisihkan. Manusia, andai kita terkasar dan terlupa padanya, kelak kita akan ditinggalkan.

Ini sifat manusia yg dia lihat.

Maka berfikirlah dia.

“Oh Allah, walaupun aku melakukan dosa padaMu, tidak pernah Engkau memutuskan rezekiMu kepadaku. UdaraMu Engkau berikan padaku. CahayaMu tetap aku peroleh. Oh Allah, dengan sifatMu Ar-Rahman Ar-Rahim, Engkau tetap memberikan rezeki pada mereka yang mengkufurkan Mu. Ya Allah, Engkau sebaik-baik tempatku mengadu. Tidak pernah sesaat Engkau tidak mendengar rintihanku. Tidak pernah Engkau mengabaikan pengaduanku. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Besar.”


Pernahkah kalian hadapi situasi seperti ini?
Sekadar pedoman buat pembaca.

Wednesday, July 15, 2009

Kembara Toulouse

Angin kencang bertiupan sejak kebelakangan ini. Orang di sini menggelarnya Mistral. Tiupan angin ini sehinggakan dia merasakan dirinya seperti terikut irama angin itu. Turut bergoyang. Percutiannya ke Toulouse yg diberi nama Kembara Ilmu itu masih dia rasakan baru berlalu.

Masih segar diingatan setiap butir-butir kata yg sarat dgn ilmu. Sungguh berhikmah. Perjalanan yg tiada nilai bandingan dengan wang. Ukhuwah dibina. Dia bertemu dengan pengembara dari Colmar, Nice, Paris dan byk lagi.
Kini dia tercelik. Ya, sekian lama mata dipejam, kini baru kembali celik. Benar kata-kata lelaki itu, tanah yang sama, udara yg sama, sinaran matahari yg sama, tetapi setiap buah yg tumbuh di bumi itu berbeza. Berbeza dari segi warna, rupa dan rasa. Maka dia bertanyakan pada dirinya, apakah ini semua hanya kebetulan, dan dia yakin, seyakin-yakinnya tidak. Pasti, ada yg berkuasa dalam setiap aturan di bumi ini.

Setelah 4 hari dia menimba ilmu, tibalah masa utk pulang ke tempat asal. Perjalanannya dari Toulouse ke Toulon memakan masa kira-kira 5 jam atau 600KM. Tetapi perjalanan jauh itu tidak dirasakan. Dia melihat, dari cermin TGV, bunga-bunga matahari, tumbuh dengan menghadap ke arah yg sama.


Bunga matahari itu tidak pernah silap utk tumbuh ke arah yg bertentangan. SubahanAllah. Dia yakin, yakin dengan seyakinnya, pasti ada yg mengatur kejadian ini. Dan dia percaya, setiap isi-isi dunia ini, patuh pada arahan itu, melainkan manusia.
Dan, setibanya dia di Toulon, dia perhatikan langit. Dan, dia tatapi, bagaimana warna langit itu campurannya sungguh harmoni. Jingga ke biru. Sungguh menakjubkan. Dia kini yakin. Dia berkata:

“Oh Allah, Yang Maha Sempurna, setiap kejadian ini telah membuka mataku. Sungguh, Kau Maha Berkuasa. Ya Allah, ampunkanlah kesalahanku. Ya Allah, Kau tambahkanlah imanku. Maha Suci Engkau, dan Segala Puji bagi Engkau, Pemilik langit dan bumi. Perkananlah doaku.”

Kembara ini membuka mata. Kembara kita.

Tuesday, July 7, 2009

Rumah baruku.

Alhamdulillah, syukur. Aku telah selamat berpindah ke rumah baru. Satu pengalaman yg aku kira sgt berharga.

Susah rupanya berpindah ni. Lagi2 kehadiran aku ke bumi Perancis ini hanya membawa baju dan makanan. Segalanya di dalam rumah ni baru.

Byk juga kehabisan wang membeli kelengkapan. Seperti periuk, tong sampah, printer, mesin basuh. Mujur makcik yg menjaga aku dahulu memberikan aku cadar, bantal dan selimut. Dan adiknya memberikan aku pinggan mangkuk.

Sungguh aku berterima kasih. Satu pengajaran buat ku.

Penilaian awal tidak bermakna.
Diam, perhatikan dan merumuskan.







Pengajaran dari pengembaraan.
Residence de Faron.

Saturday, June 27, 2009

Camargue

Sabtu, 27 Jun.



Aku dan sekalian rakan ku di Toulon dan dua daripada Aix telah ke Camargue. Sebuah ladang penternakan lembu, kerbau dan kuda. Kagum. Di sini terdapat sawah padi walaupun tak semirip sawah di Malaysia. Di sini, aku di sajikan dengan pertunjukan kemahiran para koboi Perancis. Sgt kagum. Sgt sgt kagum. Melihat mereka mengawal lembu keluar masuk kandang. Lembu di sini bukanlah seperti di Malaysia, jinak.




Lembu (vache) dan kerbau (taureau) ini kemudiannya akan di cop dengan logo ladang ternak itu. Menggunakan besi panas dan ditempa di atas kulit lembu itu.




Kemudian disajikan kepada kami permainan bouquet, iaitu penunggang kuda perlu merampas bunga daripada penunggang lain.


Dan paling mencemaskan serta mendebarkan ialah permainan berkejar-kejar dgn lembu dan kerbau.





Sungguh menjadi pengalaman baru bagiku.

Maaf, gmbrku tidaklah sehebat mana.

Tuesday, June 9, 2009

Selamat hari jadi buat teristimewa

Selamat Hari Jadi Fazlina!!!

Biarpun jarak lebih 10000km, aku tetap nak wish koe selamat hari jadi. Wah, dah besar dah skunk ek? Dah bleh jadi Dr. Huhu. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Dan kekal-kekal cun selalu. Haha. Eh, gi India nnt bitaw aku!

Thursday, June 4, 2009

ANDA HEBAT

Sekiranya anda tidak membaca apa yg besar.


Inilah nasib aku di Perancis. Bukanlah sesuatu yg buruk, tp sekadar ingin berkongsi dengan korang, strategi perkataan kecil di Perancis.
Di sini, kebanyakan penjual-penjual suka meletakkan sesuatu promosi secara besar-besaran namun, di sebalik promosi itu, terdapat "penipuan" yg akan kita kesali.
Sebagai contoh, digembar-gemburkan internet unlimited, tp yg unlimited itu adalah masa kita on-line. Tetapi jumlah had maksima ialah 500Mb. Apakah byk nilai itu?
Kes lain, seperti membuat kredit di sini, ditayangkan 3% sahaja interest. Tetapi 3% itu hanya pada bulan pertama dan bulan berikutnya, melambung kepada peratus yg lebih tinggi seperti 20%. Bayangkan...
Oleh itu, harus menjadi bijak ketika berurusan di bumi Perancis. Perhatikan setiap tulisan-tulisan kecil yg boleh kata, selalu diabaikan.

Penipuan secara bijak, oh Perancis!

Monday, June 1, 2009

Oh khinzir, bagaimanakah?

Maka telah ditanya oleh sahabat aku di perantauan, apakah dia harus menyamak pinggan yang telah digunakan utk meletakkan daging khinzir?

Maka aku katakan tidak perlu. Oh! Ajaran baru lagi aku bawa kali ni. Tidak, ini bertentangan dengan apa yg kita pelajari di kala muda-muda. Haha.

Maka, apakah setiap kali pergi ke restoran di perantauan, anda akan membawa sebungkus plastik berisi tanah utk menyamak? Benarkah begitu solusi nya?

Ya, najis khinzir adalah najis mughallazah sekiranya mengikut mazhab Syafie. Hal ini kerana beliau menggunakan "qiyas awla" utk menentukan hukum najis khinzir.

Akan tetapi, hidup di perantauan tak semudah di Malaysia, di mana kedai halal boleh dikatakan terlalu mudah utk ditemui. Maka, adalah lebih baik kita menggunkan pendapat ulama lain dlm mengkategorikan najis khinzir.

Biar aku mulakan dari awal:

Umat Islam melalui para mujtahidinnya bersepakat daging khinzir adalah haram dimakan berdasarkan ayat 145 surah Al-An'am. Anggota-anggota khinzir yg lain juga adalah haram dimakan.

Kita juga bersetuju dalam perkara najis khinzir dan segala bersumberkan khinzir. Yang menjadi perselisihan, ialah najis khinzir ini dikategorikan sebagai najis yg bagaimana? Dan cara penyuciannya?

Jamhur ulama berpendapat bahawa najis khinzir tergolong dalam najis mutawassitah. Oleh itu, cara penyuciannya hanya memerlukan sekali basuhan sahaja apabila tersentuh. Sama seperti kenajisan darah, nanah atau pun tahi malah kencing. Namun demikian, bagi Imam Syafie, beliau berpendapat najis khinzir jatuh dlm kategori najis mughallazah.

Namun begitu, jamhur ulama melarang menggunakan perhiasan yg bersumberkan daripada khinzir kerana ia masih dikira sebagai najis. Tetapi, bagi sebilangan ulama Malikiyyah, Abu Daud Zahiri dan Syawkani, melihat tidak ada kesalahannya apabila ia sudah menjalani proses dibagh atau ibid.

Ingin aku jelaskan, mengapa Imam Syafie mengatakan najis khinzir sama dengan najis anjing. Seperti yg telah dinyatakan, beliau menggunakan "qiyas awla". Menurut beliau, pengharaman anjing yg tidak jelas di dalam Al-Quran wajib disucikan najisnya dengan cara bersamak, justeru khinzir yg secara jelas pengharamannya, lebih utama disucikan dengan cara itu.

Bagi jamhur ulama, mengatakan hadis Abu Hurairah yg berkaitan cara menyucikan najis anjing bertindak atas anjing semata-mata dan bukan bagi binatang lain. Berdasarkan surah Al-Maidah ayat 5, pengharaman daging khinzir berkaitan dengan persoalan makan, tidak ada kaitan dengan cara menyucikan. Lebih lagi, dlm ayat iut, turut diharamkan ialah bangkai dan darah. Mengapa tidak pula cara menyucikan kenajisan darah dan bangkai sama seperti penyucian najis anjing?

Kesimpulannya, boleh dikatakan ijtihad Imam Syafie dalam cara penyucian najis khinzir adalah adalah tidak kuat. Terdapat imam mujtahid dalam mazhab Syafie menyangkal pendapat beliau dan bertegas menyatakan cara penyucian najis khinzir adalah cukup dengan sekali basuhan seperti najis mutawassitah yang lain. Antara yg terkenal ialah Imam Nawawi. Pendapat beliau ini sama seperti majoriti umat Islam dan bertepatan dengan dalil.

Walllahu'alam.

Sumber dipetik daripada Fikah Luar Negara tulisan Maszlee Malik dan Hamidah Mat.

Saturday, May 30, 2009

Solat

Semalam merupakan Jumaat dan kali ketiga aku bersolat bersama sepuluh(10) orang jemaah sahaja.

Apakah ini satu ajaran baru? Inikah Islam liberal? Apakah sah solat Jumaat kami di bandar Toulon ini?

Mungkin bagi kalian yg telah berhijrah ke negara yg punyai ramai melayu dan penganut Islam mahupun yg menetap di bumi Malaysia, merasakan yg solat jemaat tanpa makmum seramai 40 orang adalah tidak sah. Tapi itu kata anda.

Fikirkan, kelas kami bermula jam 1.30. Masjid berada kira-kira 26 minit perjalanan menaiki bas. Solat Jumaat di "masjid" bermula jam 2.15 petang. Maka, apakah solusinya. Tinggalkan Jumaat dan gantikannya dengan Zohor, atau solat selepas kelas sebelum Asar dan makmum seramai 10 orang. Anda pilih yang mana?

Oleh yang demikian, saya memilih utk berJumaat bersama 10 orang dan selepas kelas. Adakah ianya sah dan diterima?

Syarat sah solat Jumaat:

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah.


Rukun-rukun khutbah Jumaat:
  1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
  2. Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
  3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
  4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
  5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."


Syarat sah Khutbah Jumaat:

  1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
  2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
  3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
  4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
  5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalambahasa Melayu.
  7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
  8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
  9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
  10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
Maka setelah melihat rukun-rukun dan syarat sah solat dan khutbah Jumaat(diambil daripada Wikipedia), anda mesti menyatakan saya salah?

1) Mazhab Syafie mengatakan bilangan sah solat Jumaat ialah 40 orang yg bermukim. ( Kata-kata ini dikategorikan dhaif kerana direkodkan melalui pelapor bernama Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Para ulama bersepakat mengenai kedhaifannya kerana ia dituduh menipu dan memalsukan hadis.)

2) Mazhab Hanbali mengatakan bilangan sah solat Jumaat ialah 50 orang yg bermukim.(Hadis ini dikategorikan dhaif kerana pelapor bernama Jaafar bin Zubair, dimana hadis² dilaporkan beliau tidak diterima oleh para ulama.)

3) Syiah Imamiyyah mengatakan bilangan sah solat Jumaat ialah 5 orang. ( Ahli Sunah Wal Jamaah bersepakat menolak hadis direkodkan golongan Syiah)

4) Imam Abu Hanifah mengatakan bilangan wajib solat Jumaat ialah 4 orang.( Dilaporkan oleh Zuhri dan hadis² dilaporkan oleh beliau adalah lemah)

5) Abu Yusuf ( anak murid utama Imam Abu Hanifah ) mengatakan bilangan sah ialah 3 orang. ( Hadis yang disandarkan dikategorikan lemah )


Apabila dilihat kembali, pendapat² ini adalah berdasarkan hadis yg lemah dan tidak boleh dibawa berhujah.

Ayuh kita melihat kembali makna surah al-Jumua'ah ayat 9:
"Wahai orang yg beriman, apabila dilaungkan azan memanggil kamu bersolat Jumaat, bersegeralah menunaikannya dan tinggalkan urusan perniagaan."

Oleh yang demikian, tunaikan solat Jumaat. Ditunaikan berjemaah dan bilangan berjemaah adalah minima 2 orang. Maka, cukuplah sekiranya 2 orang menunaikan solat Jumaat. Pendapat ini diterima oleh Ibn Hazm Zahiri. Cukuplah dengan melaksanakan khutbah dan bermakmum dan dijalankan di antara waktu Zohor dan Asar.

Pendapat ini juga disokong oleh kebanyakan ulama moden dalam menangani masalah umat Islam di negara bukan Islam. Solat Jumaat merupakan syiar Islam. Janganlah kita terlalu taksub dengan satu mazhab sehingga meninggalkan syiar Islam.

Dan haruslah kita bijak menggunakan kemudahan yang diberi dan jangan disalah guna. Alasan malas ke masjid tidak dapat diterima. Sekiranya dikurniakan kelapangan, saya juga memilih utk ke masjid walaupun khutbah diberikan di dalam bahasa Arab dan Perancis.
Wallahu'alam.

Solat itu tiang agama, AYUH!

Saturday, May 16, 2009

Sepurnama sudah di sini...


Dah sebulan dah kat France. Byk bende baru, pengalaman baru, pemandangan baru...segalanya pun baru.

Yang plg aku tak leh lupe dpt "fly" nie, tym kat airport. Meremang gak ah bulu roma, mase turun "escalator". Ramai gile jerit2 kat atas. Tp bukan kat aku ah, kat bebudak yg "fly" skali ngan aku. Waktu kat airport tu ah plg best...cam terharu...sume pun "care" je kat aku...orang yg jarang-jarang aku tgk nangis pun bleh nangis...



Tapi skunk dah smpi France...Misi skunk ialah belajar dan kutip suma ilmu bermanfaat. InsyaAllah. Thanks to Malaysians. Thanks to mak abah. Merci beaucoup. Tak lupe, kat special friend aku. Thanks ek for supporting me. Hehe.





Genap sebulan di sini.
Toulon, 16 Mai.

Tuesday, May 12, 2009

Toulon-Paris-Toulon


4 Malam 3 Hari...
Dalam tempoh itu, aku berada di Paris, ibu kota Perancis. Bandar romantika, bandar percintaan. ( Ville d'Amour )

Bukan kejutan untuk melihat kekasih-kekasih bercumbuan di bawah mercu tanda mereka, menera Eiffel ( Tour d'Eiffel ). Tapi bukan itu menjadi coretanku pada kali ini. Lebih banyak hikayat lain ingin dicoretkan.

19h23, kami, Mustaqim dan Amal termasuk "Aku" melangkah ke dalam perut TGV. Kami menaiki train terkahir dan bertolak ke ibu kota. Perjalan jauh dirasakan singkat. Kepantasan TGV merentas negara membuat perjalanan berjarak 930Km menjadi 3jam17minit. Kami tiba di Paris 23h11. Tanpa kami ketahui ke mana arah tuju. Ada polan yang mencadangkan utk menetap di masjid. Tapi kami bermesyaurat dan menggunakan laptop kami mencari hotel "murah" dan hampir dgn station metro. Kami menetap di Etap Hotel.



Huhu, kelegaan dapat meletakkan badan di atas tilam empuk. Keesokkan, destinasi pertama kami ialah Tour Eiffel. Kemudian, Arc de Triomphe, Musee de L'ouvre, Notre Dame, Masjid Paris.

Keesokkan hari, lawatan diteruskan ke Opera House, Stade de France dan ke Tour Eiffel kembali. Utk menikmati suasana malam di sana.



Semasa berada di Paris, telah ku temui beberapa orang melayu. Yang datangnya mereka utk berjalan. Seronok kerana mereka sgt bannga dan menghormati kami. Kerana kebolehan kami berbahasa Perancis.



Kemudian pada malam Ahad, kami telah tidur di stesen kererapi ( Gare de Lyon ) kerana "saving" duit. Haha. Di sana pelbagai ragam dpt dilihat. Yang plg seram, jumpa byk orang mabuk. Sambil jalan cakap sesorang, duduk pun cakap sesorang. Pastu dtg kat aku cakap aku gila, pastu mintak 10sen. Aku pun tak paham.



Oh Paris, bandar "mabuk" cinta...

Friday, May 8, 2009

Sujudku hanya untuk-Mu

Sebelum berangkat ke Perancis, ibu ade mengirimkan padaku sebuah e-mel. Yang menunjukkan gmbr-gmbr orang menunaikan solat.

Kini, giliran aku mempraktikkannya. Gmbr solat itu bukan gmbr solat di dalam rumah, atau di masjid mahupun surau. Tetapi, gmbr2 mereka yang bersujud kepada Sang Pencipta tak kira walau dibumi mana berinjak kaki mereka.



Sungguh mengharukan. Kerana, dibumi yang majoriti rakyatnya tidak kenal pada agama, ada segelintir hamba yang tidak angkuh bersujud kepada Ilahi.

Bagaimana soal wuduk? Soal kesucian? Soal menggangu ketenteraman?



Bagi soal wuduk dan penyucian, kami di sini, menggunakan air mineral atau air yang di isi di dalam botol penyembur.

Kita juga dibenarkan mengambil wuduk dengan menyapu pada stokin.

Selain itu, selalunya kami akan memilih tempat-tempat yang tersorok dan jauh dari penduduk. Hal ini bagi memastikan kami tidak mengganggu ketenteraman awam. Tambahan, orang di sini akan melihat pelik atas kelakuan kita melaksanakan tanggungjawab. ( Tak perlu risau )



Kita juga dibenarkan solat sambil memakai kasut. Sebahagian dari kita mesti berasa hal ini pelik. Sebelum rasa pelik mengatasi cinta pada sunnah, baca dan fahami hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam membenarkan solat dengan memakai kasut.



Anas ibn Malik radiyallahu 'anhu pernah ditanya: "Benarkah Nabi sallallahu 'alayhi wasallam pernah solat sambil memakai kasut?" Jawab Anas: "Ya." (Al-Bukhariy & Muslim).

Kisah Nabi sallallahu 'alayhi wasallam solat bersama para Sahabah radiyallahu 'anhum sambil memakai kasut, di pertengahan solat baginda membuka kasut dan diikuti para Sahabah. Baginda berbuat demikian kerana diberitahu Jibrail bahawa kasut baginda tidak suci. Kemudian Nabi berpesan agar mereka memeriksa kasut mereka dan bersihkan kasut sebelum solat sanbil berkasut (Abu Dawud - sahih menurut Al-Albaniy).

Antara sebab Nabi sallallahu 'alayhi wasallam suruh solat pakai kasut ialah untuk membezakan kita dengan kaum Yahudi yang tidak solat sambil berkasut (Abu Dawud - sahih menurut Al-Albaniy).

Oleh itu, tiada lagi alasan untuk tidak solat. Dibumi yang terasing ini, hanya kepada-Nya kita berserah. Tiada kekuatan dan kudrat melainkan dengan kehendak-Nya.
Janganlah kita bersifat ego, bongkak dpt "survive" di negara orang tanpa bantuan-Nya.
Wallahu'alam.







Berikanlah ku kekuatan Ya Allah.